Asas Forex

Forex secara Asas

Mengenai Forex

Apa itu FOREX?
Foreign Exchange atau Tukaran Matawang Asing, juga disebut sebagai “FOR EX” atau “Forex” atau “Retail forex” atau “FX” atau “Spot FX” atau hanya disebut “Spot” adalah urusniaga  terbesar di dunia, dengan volume lebih dari $ 5.7 trilion per hari (data tahun 2014).

Jika Anda membandingkan bahawa dengan $ 55billion  per hari volume yang diperdagangkan New York Stock Exchange, Anda dapat dengan mudah melihat betapa besarnya Foreign Exchangetersebut. Jumlah tersebut sebenarnya sama dengan lebih dari tiga kali jumlah total saham dan pasar mendatang"future" yang dikombinasikan! Forex boleh menghasilkan untung atau rugi yang sangat besar!

Apa yang di"urusniagakan" pada Foreign Exchange?
Jawapan sederhananya adalah wang atau duit tunai kita. Perdagangan Forex merupakan pembelian secara terus satu mata wang dan menjual mata wang lainnya.

Mata wang diperdagangkan melalui  broker atau dealer, dan diurusniagakan berpasangan; misalnya Dolar Euro dengan Dolar Amerika (EUR/ USD) atau Pound sterling dengan Yen Jepun(GBP/ JPY).

Kerana Anda secara fizikal tidak membeli apapun, urusniaga semacam ini memang membingungkan. Bayangkan membeli satu mata wang seperti membeli saham pada negara tertentu. Ketika Anda membeli, contoh, Yen Jepun, sebenarnya anda sedang membeli saham diekonomi matawang Jepun , kerana harga mata wang tersebut merupakan refleksi langsung atas apa yang berlaku di pasaran mengenai mata wang dan kestabilan masa depan perekonomian Jepun.
Secara umum, pertukaran satu mata wang vs mata wang lainnya merupakan sebuah refleksi kondisi perekonomian negara tersebut, dibandingkan dengan perekonomian negara-negara lainnya.
Tidak seperti pasar-pasar saham lainnya semacam New York Stock Exchange, urusniaga spot Forex tidak memiliki lokasi spesifik maupun pertukaran berpusat. Online Forex dianggap sebagai urusniagaOver-the-Counter (OTC) atau “Interbank”, kerana faktanya bahawa keseluruhan pasaran dijalankan secara elektronik, di dalam suatu jaringan bank-bank, secara terus menerus selama  waktu 24 jam , 5 hari seminggu.
Akhir tahun 1990-an, hanya “orang-orang besar” yang mampu memainkan permainan ini. Pada awalnya, syarat agar Anda dapat berurusniaga ,jika Anda memiliki sepuluh sampai lima puluh juta dolar untuk memulakan kegiatan tersebut! Forex pada mulanya ditujukan untuk dipergunakan oleh para banker dan orang-orang vip – dan bukan diurusniagakan oleh kita “orang-orang kecil”. Namun demikian, kerana berkembangnya internet, broker-broker perdagangan Forex kini dapat menawarkan perdagangannya kepada para pedagang ‘awam’ seperti kita.
Yang Anda perlukan untuk forex online hanyalah  komputer(laptop), koneksi internet , dan ilmu teknikal analisis.

Apa yang Dimaksud urusniaga Spot?
Urusniaga spot adalah dagangan yang berhubungan dengan harga matawang dari pergerakan harga semasa yang tertera di platform broker masing-masing.

Mata wang Mana yang Diperdagangkan?
Mata wang yang paling popular bersama dengan simbol-simbolnya ditunjukkan di bawah ini:

Simbol
Negara
Mata Wang
Sebutan
USDUSADolarBuck
EURAnggota EropahEuroFiber
JPYJepunYenYen
GBPBritanPoundCable
CHFSwissFrancSwissy
CADKanadaDolarLoonie
AUDAustraliaDolarAussie
NZDNew ZealandDolarKiwi



Simbol-simbol mata wang Forex selalu tiga huruf, dua huruf yang pertama mengidentifikasi nama negaranya dan huruf yang ketiga mengidentifikasi nama mata wang negara tersebut.


Bilakah Mata wang oleh Diperdagangkan?
Pasaran FX spot memang unik di dalam pasar dunia. Pasaran tersebut seperti Super Wall-Mart ketika urusniaga dibuka selama 24 jam per hari. Setiap saat, di manapun di seluruh dunia, pusat urusniaga seperti Bank Negara (Malaysia) dibuka untuk bisnes, dan bank-bank lain, serta lembaga-lembaga pertukaran mata wang lainnya,sangat aktif di setiap jam siang malam dengan hanya sedikit waktu rehat sebentar pada umumnya di akhirwaktu urusniaga. 
Pasar pertukaran matawang asing akan efektif mengikut suasana ekonomi negara-negara tertentu, jadi Anda boleh berdagang semalaman (jika Anda seorang scalper) atau di pagi hari (jika Anda intraday). Ingat baik-baik, forex ialah urusniaga yang paling berisiko untuk diniagakan jika kita tidak mempunyai ilmu yang mencukupi.High RISK,High RETURN.

Zona WaktuNew YorkGMT
Tokyo Buka7:00 pm0:00
Tokyo Tutup4:00 am9:00
London Buka3:00 am8:00
London Tutup12:00 pm17:00
New York Buka8:00 am13:00
New York Tutup5:00 pm22:00


Sesi Trading

  • Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu
  • Pasaran Forex akan dibuka hari Isnin setiap minggu seawal jam 5 pagi waktu malaysia dan tutup pada hari sabtu jam 6 pagi waktu malaysia.
  • Pasaran Forex akan di tutup setiap hari Sabtu dan Ahad.
  • Walaupun sesetengah negara membuat cuti umum, pasaran Forex tetap diniagakan di seluruh dunia.




Jenis Market-Bear,Bull


  • Pelabur membeli atau menjual sesuatu pasangan matawang mengikut nilai terkini harga pasaran.Harga ini berubah -ubah mengikut pasaran.
  • Apabila harga pasaran berterusan naik,ini dikatakan pasaran"Bullish" dan sebaliknya bila harga pasaran berterusan turun,ini dikatakan "Bearish"
  • Pelabur boleh mengambil keuntungan semasa pasaran Bullish dan juga Bearish kerana Forex adalah pasaran 2 hala





Ask / Bid (Beli / Jual)



Ask - Buy (Harga Belian)
  • Adalah harga belian yang ditawarkan oleh broker kepada anda.Bila anda membeli, anda membeli pada harga ini.
Apabila anda membeli,anda sebenarnya membeli "Base Currency" dan juga menjual "Quote Currency" pasangan matawang tersebut. 




Bid - Sell (Harga Jualan)
  • Adalah harga jualan ditawarkan oleh broker kepada anda.Bila anda menjual pada harga ini.
  • Apabila anda menjual,anda adalah menjual "Base Currency" dan juga membeli "Quote Currency" pasangan matawang tersebut.

Harga Bid semestinya lebih rendah dari harga Ask.



Pengiraan Pip
  • Pip adalah nilai perpuluhan terkecil harga matawang.
Contoh : 
  • Harga pasaran ialah 1.700, bila harga ini berubah kepada 1.9701 ia adalah perubahan sebanyak 0.0001.Perubahan 0.0001 ini dikatakan 1 pip
  • Nilai keuntungan pip ini berbeza-beza bergantung kepada jenis akaun dan pasangan matawang
  • Standard Akaun dengan 1 lot transaksi. nilai 1 pip ialah USD 10
  • Mini Akaun, dengan 1 lot transaksi,nilai 1 pip ialah USD1
  • Micro Akaun, dengan 1 lot transaksi, nilai 1 pip adalah 10 sen
  • Pasangan GBP/USD. Nilai 1pip (1 lot standard akaun) adalah USD 10
  • Manakala pasangan GBP/JPY, Nilai 1 pip (1 lot standard akaun) adalah USD 11











  • Perbezaan Harga Ask/Bid (Buy,Sell) dinamakan sebagai Spread
  • Nilai Spread ini berbeza-beza di antara satu-satu pair.
contoh:
  • EUR/USD spreadnya ialah 2pip
  • GBP/USD spreadnya ialah 2pip
  • GBP/JPY spreadnya ialah 7 pip
  •  Spread di antara broker juga berbeza beza kerana ianya ditentukan oleh broker itu sendiri.
  • Sesetengah broker mengamalkan spread yg tetap,dan ada juga yang berubah ubah pada masa tertentu.Spread ini sebenarnya diambil oleh broker sebagai pendapatan bagi syarikatnya.
  • Adalah disarankan untuk memilih broker yg memberi spread yg rendah dan tetap kerana spread yg besar merugikan anda.
Lot 
  • Lot adalah jumlah Ekuliti (matawang) yang diniagakan di pasaran
  • Matawang diniagakan dalam bentuk Lot untuk meneragamkan harga pasaran bagi sesuatu matawang
  • Nilai Lot bergantung pada jenis akaun.
  • Akaun Standard, 1 lot bersamaan dengan USD 10
  • Akaun Mini, 1 lot bersamaan dengan USD 1
  • Akaun Mikro, 1 lot bersamaan dengan USD 0.10
 Margin / Margin Call
  • Margin ialah jumlah modal minimum yang perlu ada untuk membolehkan anda mengekalkan open position yang ada atau membuka position yang baru.
  • Margin Call boleh berlaku jika jumlah wang didalam akaun Forex anda sudah tidak dapat menampung tahap kerugian sesuatu / semua open positions. Margin Call akan membuatkan semua open position ditutup secara automatik kerana wang di dalam akaun anda sudah tidak cukup untuk meneruskan urus niaga.
  • Untuk membolehkan anda meneruskan urus niaga, anda perlulah menambah modal dengan mendepositkan wang ke dalam akaun forex anda kembali.
 Leverage
  • Leverage adalah gandakan pinjaman yang diberikan oleh broker kepada anda untuk urus niaga di pasaran Forex.
  • Ada berbagai leverage yang ditawarkan oleh setiap broker.Anda perlulah bijak menentukan jenis leverageyang perlu anda set kan untuk urus niaga anda.
  • Leverage yang disarankan ialah 1:500, Bermaksud, setiap USD 1 yang anda keluarkan untuk dijadikan modal anda dalam akaun, broker akan memberikan pinjaman 500 kali ganda.
contoh:
USD 1= 1 X 500----500 amount
USD 20 = 20 X 500----10,000
1 pip = USD 1
Modal yang anda perlukan untuk membuka 1 lot ialah USD 20 sahaja dimana jika anda membeli 1 lot GBP/USD pada rate 1,6505, broker anda memberi 10,000 GBP yang bersamaan dengan 16,505 USD.
1 GBP = 1,6505 USD
10,000 GBP = 16,505 USD.









Rollover
  • Rollover berlaku bila ada position yang belum ditutup dan dibawa ke hari yang berikutnya.Juga dikenali sebagai swap.Kadar rollover ini berubah dari masa ke masa.
Contoh :
  • Buy EUR/USD1 lot dan Close pada keesokan harinya, anda akan dikenakan caj - USD24.70
  • Sell EUR/USD 1lot dan close pada keesokan harinya,akan dibayar USD 9.10
  • (kadar rollover bergantung pada interes rate matawang sesebuah negara)
  • Bagi broker yang mengamalkan islamik Akaun,tiada rollover akan dikenakan.
Pengiraan Untung / Rugi
  • Harga pasaran GBP/USD adalah 1.4500
  • Analisis anda mengatakan pasaran Billish,anda BUY pada harga tersebut dan bila harga menaik kepada 1.4650,Anda Close trand dan keuntungan anda adalah 150pip.
Anda telah BUY dengan 1 lot = USD20. Jadi nilai keuntungan anda adalah 150 x 1 lot xUSD 20 = USD 3000
  • Harga Pasaran EUR/USD adalah 1.2200
  • Analisis anda mengatakan pasaran Bearish, anda SELL pada harga tersebut dan bila harga menurun kepada 1.1900, anda Close trand dan keuntungan anda adalah 300 pip.
Anda telah SELL dengan 1 lot = USD20. Jadi nilai keuntungan anda adalah 300pip x 1lot x USD20 = USD6000

Jenis Trader
  • Snipper- Hit and Run trader.Open dan close trading dalam masa paling singkat.Mengambil jumlah pip yang kecil-kecil.
  • Scalper- Short-Term Trader.Kebiasaannya Open dan Close trading dalam Time Frame yang Kecil- M1,M5
  • Day Trader- Open dan Close positions dalam hari trading yang sama.Mengambil jumlah pip yang agak banyak dari scalping trader.Mengunakan Time Frame M15,H1.
  • Swing Trader- Open dan close positions yang mengambil masa berhari-hari. Mengambil keuntungan yang lebih besar dari day trader.Mengunakan Time Frame H4,Daily.
  • Position Trader-mengekalkan posisi trading berminggu-minggu atau bertahun-tahun.Mengunakan Time Frame Weekly,monthly.
Money Management (MM)
  • Money Management sangat penting semasa anda menjadi seorang trader berjaya.Tanpa MM anda kemumkinan berhadapan dengan kerugian dan berisiko tinggi.
  • Pastikan anda risiko maksimun 5% sahaja dari modal anda.
  • Pastikan anda kawal modal anda dengan mengamalkan MM yang ketat.
  • Rancang kemampuan trade anda melalui multiple Lot, 1 lot dsb.
  • Pastikan kesesuaian untuk close position dan nilai profit/rugi anda
  • Sentiasa set kan SL(Stop loos)
  • Kenal pasti TP (Take Profit) semasa trade.

1 comment:

  1. Halo Admin.
    Selamat pagi.
    Perkenalkan saya Nando, Business Development dari ForexMart.
    Sebelumnya saya telah mengunjungi website bapak dan ingin mengundang kerjasama.
    Apakah bapak membuka peluang kerjasama?

    Terima kasih

    Regards,
    Nando
    Business Development
    ForexMart
    nando@forexmart.com
    Skype: nando.forexmart
    facebook: Nando ForexMart

    ReplyDelete